Pekerja Swasta pun layak mendapat pencen..
SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) akan menganjurkan pameran skim persaraan swasta (PRS) pada 29 Jun depan.
Dalam satu kenyataan semalam, suruhanjaya itu berkata, pameran itu akan memberi peluang unik kepada pelabur untuk menemui semua penyedia PRS pada satu masa dan memperoleh pemahaman lanjut mengenai jenis skim yang ditawarkan.
PRS adalah skim pelaburan jangka panjang sukarela yang direka bagi membantu individu menambah simpanan untuk persaraan.
PRS boleh disertai individu mempunyai pendapatan yang boleh dilaburkan untuk persaraan selesa serta bagi majikan membuat caruman sukarela untuk pekerja mereka selain caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut SC, pelepasan cukai sehingga RM3,000 disediakan untuk individu yang memilih bagi melabur dalam PRS.
Majikan juga layak mendapat potongan cukai ke atas caruman kepada PRS yang dibuat bagi pekerja, menurut kenyataan itu. - Bernama
0 ulasan :